Wednesday 22 February 2012

Sikap Tidak Peduli menjadi Sindrom Orang Melayu

        1.Orang Melayu mengidap Sindom " Tak Peduli".......Ramai orang Melayu kini sudah dijangkiti penyakit Sindrom "Tak Peduli" yang merugikan bukan diri sendiri tetapi juga kepada anak cucu kelak. Sudah banyak contoh depan mata sekarang dan ini yang sangat membimbangkan kepada generasi muda kita...antaranya: hampir 3.5 juta orang Melayu yang layak mengundi tidak mendaftar ! Bermakna mereka tidak peduli apa nak jadi kepada negara kita sendiri . Tidak kesah dan ambil tahu hala tuju negara !



2.Ramai "Tak Peduli" bila anak-anak kita memandu motosikal ke sana ke mari tanpa ada "lesen" atau " memakai topi keleder"...walaupun ke sekolah ! Sikap "Tak Peduli" ini menjadikan masaalah "Mat Rempit" tak pernah selesai.....pelik Mat Rempit ini hanya ada di Malaysia sahaja........

3.Ramai orang Melayu kini sudah dijangkiti penyakit Sindrom "Tak Peduli" yang merugikan bukan diri sahaja tetapi masyarakat.. antaranya: Sikap "Tak Peduli" bukan sahaja kepada individu tetapi berlaku kepada NGO yang bertanggungjawab menjaga sensitiviti umat Islam,akidah orang Islam dengan membiarkan unsur-unsur tahyul dalam dunia drama dan filem. Lembaga Penapisan Filem dan J/Kuasa Fatwa gagal bertindak menapis unsur-unsur tahyul dan kurang sihat yang merosakan fikiran dan akidah serta gagal menggariskan panduan kepada pemain dan penerbit filem. Sikap "Tak peduli" mereka ini menambahkan krisis akidah umat Islam yang kian tercemar !

4.Jika anda membaca paparan FB ini...Saya ingin mendapatkan pengesahan dari anda ! KLIK " Like" jika anda seorang yang setuju bahawa merokok itu 'HARAM' . "...Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan..." Al-Baqarah :195 . Islam menekankan setiap umatnya supaya memelihara kesihatan dan rohani.Jauhkan diri setiap benda yang digunakan mendatangkan kemudharatan kepada Manusia. Jika tidak anda tergolong dalam kumpulan Melayu "Tak Peduli " !


Projek pindah burung migrasi dari Yong Peng


Berita Harian, 17 Dis  2005
YONG PENG: Demi pembangunan, apa saja dilakukan bukan saja memindahkan penduduk dari kawasan setinggan tetapi juga memindahkan burung ke kawasan lebih selamat.

Kerja rumit itu akan dilakukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (Perhilitan) Johor bagi memindahkan spesies burung pucung serandau (purple heron) dan pucung kuak (black crowne night heron) dari Yong Peng ke Empangan Bekok di Segamat tidak lama lagi.