Tuesday 17 April 2012

Koleksi myCamera


17/04/2012: 9.30pg.- Saya mempunyai simpanan koleksi kamera hampir 35 tahun.Bermula tahun 1967 ketika itu dalam Ting.1 sudah mula berjinak-jinak dengan kamera.Masa itu saya meminjam kamera daripada kawan-kawan dan biasanya berkongsi mencuci filem. Masih ada beberapa foto hitam putih dan terdapat satu album filem negative dalam koleksi saya.Semua kamera yang dibeli sudah jadi antik .Waktu itu era filem135 dn 120 hitam putih atau warna men dominasi dunia fotografi.Dalam koleksi kamera saya terdapat pelbagai model kamera  seperti Nikon FM2,Canon EPS 1000F,Practica,Pentax k1000,Minolta srT101b ,Canon A-1, Olympus OM-4 , 2 buah kamera Seagull buatan China , sebuah Pearl River China berbentuk orkidian dan Rrinzflex 500F Russia. Pada suatu ketika sehingga tahun 1994 saya memiliki kamera sehingga 20 jenis kamera termasuk jenis compact dan SLR tetapi sebahagiannya telah dicuri apabila rumah saya dipecah masuk oleh pencuri .Hari ini semua kamera itu tidak digunakan lagi kerana teknologi telah berubah kepada digital . 
Semua kamera hari ini berteknologikan digital  dan mudah digunakan.Walaupun sesabuah kamera sama ada jenis compact atau SLR telah dilengkapi ciri-ciri teknologi khas namun mode Manual tetap ada. Adalah berbaloi jika kita hendak hasil yang baik perlu ada sedikit pengetahuan tentang seni fotografi. Anda boleh dapat ilmu fotografi ,kaedah dan tip-tip mudah melalui majalah dan bahan2 dari internet.






No comments:

Post a Comment