Wednesday 19 March 2014

MEJEJAKI KAKI PERTAMA KALI DI SABAH

Melihat keindahan Puncak Kinabalu Sabah
Pada 10/3/2014 saya bersama isteri telah menaiki pesawat Air Asia  AK5302 bertolak dari Lapangan Terbang Senai,J.Bahru jam 6.45pg ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.Inilah pertama kali kami berdua menjejakkan kaki di bumi Sabah. Tujuan utama kami ialah ingin sangat melihat keindahan puncak Gunung Kinabalu,iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 13,435kaki.Peluang ini hadir setelah saya bersara dan telah memerancang lebih awal kira2 4 bulan yang lalu.Isteri telah mengambil cuti untuk tujuan ini.Kami tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu jam 8.25 pg. Setibanya di sana , bekas murid saya yang dahulunya bersekolah di SK Penghulu Salleh,Mampan,B.Pahat sudah sedia menunggu. Fadzli seorang anggota Polis Elite yang masih bujang dan telah berkhidmat di Sabah sejak 10 tahun . Dia dengan baik hatinya telah pun menyediakan sebuah kereta MyV untuk kegunaan saya di sana nanti. Fadzli telah membawa kami ke Restoren yang menyediakan masakan orang Malaysia Barat . Perbualan kami berkisar memori semasa saya mengajar di SK Penghulu Salleh. Fadzli seorang murid yang aktif dan cergas dalam pasukan pengakap. Saya kenal Fadzli dan sesuai sangatlah dengan tugasnya sebagai seorang anggota Polis bahagian Jenayah Berat dan sangat mencabar itu. Beliau terlibat selama 4 bulan dalam Operasi Khas Lahad Datu.. Meskipun sibuk beliau berjanji akan sentiasa menghubungi saya setiap masa dan banyak memberikan petunjuk dan nasihat semasa saya di Sabah nanti. Perjumpaan kami berakhir apabila dia memandu arah kami menuju ke Kundasang/Ranau iaitu distinasi utama kami di Sabah. Kami sampai di penginapan yang telah kami tempah lebih awal menerusi internet iaitu sebuah Villa di kaki Gunung Kinabalu. Sunny Village Lodge terletak betul2 mengadap puncak Gunung Kinabalu. Sunny Village Lodge terletak di Kg.Kalanggnan Bt.36,Tinompok,Kundasang iaitu kawasan Kanibalu National Park yang terkenal itu. Waktu tiba jam 2.00 ptg...tiada kelihatan puncak gunung kerana waktu itu keadaan kawasan kaki gunung berkabus , berawan dan sejuk seperti Cameroon Higland,Pahang.
















PUNCAK GUNUNG KINABALU










 Pekan Nabalu











 SUNNY VILLAGE LODGE
























No comments:

Post a Comment