Friday 21 March 2014

SEPETANG DI PANTAI TANJUNG ARU


Pantai Tanjung Aru sangat menarik dikunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan. Melihat matahari terbenam merupakan aktiviti utama pengunjung di sini. Bila tiba saat-saat  matahari jatuh perlahan-lahan di hujung ufuk maka ramai pengunjung bersedia dengan kamera dan telefon bimbit. Inilah saat yang memukau kepada pengunjung dengan langit merah dan bayang-bayang hitam muncul di hadapan kita. Di sini juga ada pelbagai gerai 'hawker-style' menjual air kelapa,jagung rebus , sate , kepak ayam dan pelbagai makanan ringan.





















No comments:

Post a Comment