Friday, 9 March 2012

Istimewanya Hutan Lipur Soga Perdana , Batu Pahat





Hutan Lipur Soga Perdana terletak di tengah Bandar Batu Pahat. Bukit ini dianggarkan setinggi 500-600 kaki,menghijau dan masih tidak terusik oleh pembangunan. Boleh dianggap kawasan ini menjadi khazanah yang sangat berharga kerana fauna dan fiona masih terpelihara dalam keadaan semula jadi. Kawasan ini dijaga dengan baik oleh Jabatan Kehutanan. Di kaki bukit ini ada sebuah bangunan yang mengumpul segala informasi berhubung dengan alam sekitar Bukit Soga Perdana ini. Apa yang menarik di sekitar bukit ini adalah kebersihan yang dijaga dengan baik.Terdapat beberapa kolam air yang dihuni oleh beberapa jenis spesis ikan air tawar termasuk jelawat. Bagi pengunjung ke sini bukan setakat menikmati keindahan alam semata tetapi berpeluang menguji kecergasan fizikal apabila pihak berkuasa menyediakan ratusan anak tangga dari kaki bukit hingga ke puncak . Bukit Soga Perdana adalah khazanah yang harus dipelihara kekal sampai bila-bila untuk jenerasi akan datang dari impak pembangunan.
































2 comments:

  1. Tahniah kepada pihak berkuasa yang menjaganya. Insyallah saya akan ke sana.

    ReplyDelete
  2. saya baru nk jelajah ke kawasan ni harini...

    ReplyDelete