Lokasi : Kg.Peta , Mersing , Johor
Penulis : Borhani Abu Bakar
Fotografer : Borhani Abu BakarPenulis : Borhani Abu Bakar
Hutan Hujan Endau merupakan Taman Negara ke-2 terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan hampir 50,000 hektar.Ia terletak di antara sempadan negeri Johor dan Pahang. Hutan simpanan ini mengambil sempena nama Sungai Rompin dan Endau yang mengalir dari taman ini.Dipercayai kawasan ini mengandungi tanah batu batan yang tertua iaitu 248 juta tahun. Dari kawasan Taman ini terbentuklah tiga buah sungai utama iaitu Sg.Endau , Sg.Selai dan Sg. Jasin yang mengalir ke tiga buah negari iaitu Pahang,Johor dan N.Sembilan.
Untuk ke Taman Negara Endau Rompin perlu lah mendapat kebenaran permit dari Jabatan Hutan dan biasanya tiada kemudahan pengangkutan awam. Namun pihak Jabatan ada menyediakan pengangkutan 4WD yang direka khas melalui kawasan jalan tanah merah yang berkeadaan licin , lecak dan kadang kala ada jambatan kayu runtuh akibat hujan lebat . Dari Kluang menuju ke Kahang dengan pengangkutan awam dan dari sini, kita akan melalui beberapa buah estet kelapa sawit dan akhirnya akan menempuh hutan hingga ke Kg.Peta. Keadaan sangat memenatkan kerana keadaan jalan yang membuatkan badan jadi lemah dan lenguh tetapi kita akan dapat terhibur akhirnya apabila dapat menikmati pandangan hutan hijau yang menakjubkan dan kadang-kadang jika bernasib baik akan terserempak binatang liar seperti gajah atau harimau.
Di Taman ini ada juga disediakan kemudahan penginapan seperti beberapa buah chalet , domitri dan tapak perkemahan di sekitar markas jabatan hutan di Kg.Peta dan juga di Kuala Jasin.
Dari taman ini,biasanya kita menuju ke Kuala Jasin , di mana di sini lah bermulanya dua batang sungai yang arusnya agak deras dan banyak jeram batu. Di sekeliling taman ini ada disediakan laluan jalan kaki(denai) yang merentasi beberapa anak jeram ,bukit-bukit curam dan jambatan gantung .Biasanya pihak berkuasa menyediakan pemandu trek di kalangan orang asli yang merupakan penduduk tetap di kawasan ini.
No comments:
Post a Comment