Sepanjang perjalanan kami dari Lapangan Terbang Minangkabau Padang hingga ke bandar Bukit Tinggi,selain keindahan alam semula jadi iaitu bukit-bukit dan gunung ganang yang menghiasi sepanjang perjalanan kami ialah hamparan bendang(sawah padi) di kiri kanan jalan yang tumbuh subur menghijau dan kadang-kadang warna keemasan. Boleh dikatakan setiap inci tanah di sini tiada yang kosong,pasti diisi dengan tanaman padi,buah2an,jagung,apikot dan kolam-kolam kecil yang memelihara ikan air tawar untuk kegunaan sendiri atau boleh dijual ke rumah-rumah makan yang banyak terdapat di Bukit Tinggi.