Ikan segar mudah diperolehi jika kita rajin pergi ke tempat pendaratan ikan. Di Semerah iaitu di Pantai Wawasan, Pt.Hj.Salam , Bagan iaitu kira-kira 5 km . dari Batu Pahat menghala jalan utama ke Muar, pengunjung-pengunjung,peminat-peminat ikan segar akan memperolehi bekalan ikan segar dari laut di sini setiap hari. Seorang peraih En.Yusof menjalankan kerja-kerja mengumpul dan menjual ikan segar dengan harga yang berpatutan. Tempat ini ada potensi untuk dibangunkan tetapi infrastrukur seperti jeti didapati sudah usang dan agak merbahaya. Ada beberapa gerai seperti masakan asam pedas patut diganti baru yang lebih baik keadaannya. Begitu juga dengan persekitaran masih boleh ditingkatkan seperti kebersihan,longgokan sampah sarap yang macam tidak pernah dilupuskan. Sudah sampai waktunya kawasan ini dibangunkan dengan mengambil model pembangunan Perhentian Mahkota, Parit Simin .
No comments:
Post a Comment