Tuesday, 13 March 2012

Nelayan kecil pesisiran pantai Minyak Beku,Batu Pahat.

        

       Pantai Minyak Beku memang terkenal kepada penduduk di daerah ini. Letaknya kira-kira 10 km dari bandar Batu Pahat .Mengikut sejarah Minyak Beku sejak dahulu lagi menjadi perkampongan nelayan. Di tepi pantai yang berbatu-batu ini telah menjadi tempat persinggahan pedagang-pedagang yang melalui Selat Melaka ini. Hingga hari ini ada kesan-kesan peninggalan sejarah yang menunjukkan pantai ini menjadi tempat perlindungan pertukaran angin monsun . Penduduknya dikatakan ada keturunan Melayu Siam iaitu ada sebuah perkampongan yang dikenali sebagai Kampong Petani serta kolam air tawar yang digali oleh mereka yang masih terdapat hingga ke hari ini. Setengah penduduk di sini masih meneruskaan kerja-kerja menangkap ikan iaitu menangkap ikan di sekitar perairan dengan menggunakan pukat hanyut . Biasanya hasil jualan dijual di pasar umum Batu Pahat. Hari ini Minyak Beku mengalami perubahan pembangunan yang pesat.Hampir sepanjang jalan menuju ke pantai ini telah diduduki oleh penduduk terdiri daripada orang Melayu dan Cina. Apa yang jelas ialah keadaan lanskaps yang berbukit-bukit sesuai untuk tanaman sayur2an yang kebanyakan diusahakan oleh penduduk Cina. Beberapa buah bukit telah diterokai untuk penanaman sayuran dan juga bertambah luas bagi tanah perkuburan (jerat ) Cina.  Beberapa tahun yang lalu, ada sebuah pengkalan jeti (terminal) feri yang  dibangunkan untuk perhubungan ke kawasan pesisiran pantai barat Sumatera. Tetapi hari ini terminal feri ini agak lengang kerana kurang sambutan.
























No comments:

Post a Comment