Pantai Hentian Mahkota terletak di Parit Simin,Bagan ,kira-kira 12 km. dari pusat bandar Batu Pahat. Kedudukannya mudah dikunjung bila-bila masa, terletak berhampiran jalan utama Batu Pahat dan Muar. Yang menarik pantai ini telah dirasmikan oleh YM Tengku Mahkota Johor dalam lawatan tahunan Kembara Mahkota. Sebuah jeti yang baik telah dibina sepanjang 120 meter bagi kemudahan kepada nelayan-nelayan untuk ke laut dan juga memudahkan hasil dari laut di bawa ke darat. Pengunjung-pengunjung juga berpeluang menikmati makanan seafood yang ada dijual di beberapa buah gerai oleh beberapa orang pengusaha mulai jam 6.oo ptg hingga 12.00 malam. Ingin kan suasana yang romantik dengan pandangan laut Selat Melaka..datang lah ke Pantai Telok Mahkota.
Saturday, 10 March 2012
Pantai Rekreasi Punggur, Rengit, Batu Pahat
Pantai rekreasi Punggur terkenal kepada penduduk di Batu Pahat ,khusus bagi yang tinggal di kawasan Rengit. Pantai ini memanjang luas menghadap Selat Melaka dan terdedah kepada ombak laut yang kuat dalam musim tertentu terutama ketika berlaku peralihan angin monsun. Kesan hakisan ombak yang kuat ini menyebabkan setengah kawasan di paantai ini terpaksa dibina beting batu. Tebing pantai berpasir sangat sesuai untuk dijalankan pelbagai aktiviti oleh beberapa pertubuhan di kawasan. Terdapat juga beberapa gerai yang ada menjual makanan untuk pengunjung di sini.
Friday, 9 March 2012
Uniknya tentang kerabat diRaja Johor:
2.Mengapa baginda suka warna biru ?Sultan Ibrahim kata tukar karpet warna biru supaya mudah nak maintenance. Kalau karpet kuning, pijak mudah kotor. Lagi satu kalau betul kita hormat warna kuning itu warna kebesaran diraja, mengapa perlu dipijak?
3.Siapa suka Sejarah dia tahu bila ! Siapa "Tidak Peduli" sememangnya dia tidak AKAN TAHU. Mudah sahaja...tunggu roadshow PM Najib datang ke Johor ! Sejarah mengimbas pada orang yang "Ambil Peduli" ...Setiap kali sebelum pembubaran parlimen untuk pilihanraya umum, Perdana Menteri (samada Tun Abdullah Ahmad Badawi ataupun Tun Mahathir) akan berangkat ke Istana Bukit Serene untuk mengadap Sultan Johor. Perdana Menteri tidak ke Kelantan, Kedah atau negeri lain yang mempunyai Sultan.
4.Sikap setengah pelajar kita memang "Tidak Peduli" malah tidak bersyukur kerana dapat belajar dengan segala kemudahan first Class,pelbagai bantuan yang diberikan. Sebaliknya retorik dengan kebebasan dan hak yang sendiri tidak tahu hujung pangkal...mencaci,berdemotrasi dan sanggup baring tengah jalan! Beruntung kita bila ada kerabat raja yang "Ambil Peduli" tentang pelajar "Tidak Peduli" ini !...Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan baginda akan melepaskan jawatan Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia jika penuntut terus terjebak dengan gejala tidak sihat
Pengorbanan Pasukan Polis :Peristiwa Bukit Kepong
23 Februari 1950,jam 4.30 pgi-Pasukan Komunis(180 orang) mula menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang dipertahankan oleh 25 orang polis(termasuk 5 orang polis bantuan dan 3 orang pengawa kampong).Selepas 2 jam bertempur,hanya 4 orang polis yang selamat berbanding 40 orang dipihak komunis. Maklumat lanjut:http://www.ukm.my/knam/data/Peristiwa_Bukit_Kepong.pdf — with Zack Zamy.
Warga emas kini mendominasi pesakit di hospital
Hari ini jika kita pergi melawat rakan atau saudara di Hospital , kita dapati golongan warga emas paling ramai berada di hospital. Di bahagain pesakit luar , kita dapati bilangan warga emas memenuhi hampir keseluruhan kerusi menunggu. Paling ketara sekali di kaunter Pesakit Kencing manis, darah tinggi dan stress. Bilik x-ray ramai sekali pesakit sedang menuggu giliran untuk rawatan scanning.Jelas di bahagian ini , warga emas paling ramai menunggu ...ada yang beratur dengan kerudi roda dan ada yang datang dengan katilnya sekali.Warga emas telah mendominasi pesakit di negara ini iaitu hampir 70% daripada keseluruhan pesakit.
Subscribe to:
Posts (Atom)