Lokasi : Sungai Yong Peng, Batu Pahat, Johor.
Tempat Tinjauan : Dataran Yong Peng
Kawasan persinggahan : Seluas 5 ekar ( Tepi sungai dan dihalang parit dan rumput gajah)
Tujuan : Mencari makanan dan bertelur
Fotografer : Borhani dan Ismail Gadel
Antara tempat persinggahan burung itu ialah Pantai Morib di Kuala Langat; Jugra di Banting; Bagan Lalang di Sepang; Bagan Sungai Burong (Sabak Bernam); Sungai Haji Dorani (Sabak Bernam); Ban Pecah Bagan Nakhoda Omar (Sabak Bernam); Pantai Jeram (Kuala Selangor); Pantai Sembilang (Kuala Selangor); Kapar Power Station; Pantai Tanjong Karang (Sekinchan); dan Pantai Rasa Sayang (Sekinchan).
Kemungkinan sesetengah spesies burung yang menjadi penghuni kawasan itu merupakan burung yang berhijrah dari kawasan sejuk di hemisfera utara untuk mencari makan di kawasan panas di hemisfera selatan.
"Untuk melihatnya kita perlu berjalan di sekitar kawasan taman ini sambil membawa kamera ataupun teropong yang berkuasa tinggi." Jelas En.Ismail Gadel.
"Memanglah ia sesuatu yang membebankan. Dahlah kena panas, kawasan ini agak mudah masuk iaitu melalui tepi beting anak sungai. Sukar hendak masuk jika kita datang dari Dataran Yong Peng."
"Tetapi bila berpeluang melihat pelbagai spesies burung, khususnya yang belum pernah kita lihat, ia adalah suatu kepuasan.
"Dan mengabadikan burung-burung itu dalam gambar foto, pasti menjadi suatu kenangan yang paling manis,'' katanya sambil tersenyum.
Sungai Yong Peng |
Dataran Yong Peng |
En.Ismail Gadel bersama peminat-peminat burung |
En.Ismail bersama Penulis dan isteri |
Seeing is believing...... Give yourself a different weekend experience without having to be in the wilderness.
ReplyDelete