Sunday, 25 March 2012

Masjid Jamek Muar


Masjid Jamek 1

Masjid Jamek 2
Masjid Jamek Muar adalah merupakan nama pertama yang diberikan sempena pembuatan masjid dan meupakan masjid yang tertua di Daerah Muar ini. Pembinaan ini ditaja pada tarikh 21 Rejab 1343 Hijriyyah bersamaan 15 Februari 1925 Masihi. Senibina masjid ini telah dilukis oleh “pelukis” Johor pada masa itu iaitu En. Sulaiman Bin Hj. Ilyas. Pembinaan tersebut diketuai oleh Mejar Al-Haj Muhammad Said Bin Hj. Sulaiman.

Masjid Jamek Muar ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Tengku Ismail (Tengku Mahkota Johor), Yang Berhormat Dato’ Mustapha (Menteri Besar Johor) pada hari Jumaat, jam 11 pagi pada 29 Ramadhan 1347 Hijriyyah bersamaan 28 Februari 1930 Masihi.

Masjid Jamek kedua pula dibina dalam tahun 1999,yang dibina mengikut bentuk dari Masjid Jamik yang pertama iaitu Masjid Jamik Sultan Ibrahim.Ia terletak bersebelahan tebing Kuala Sungai Muar iaitu di Tanjong Agas.








No comments:

Post a Comment