Tuesday, 13 March 2012

Nelayan kecil pesisiran pantai Minyak Beku,Batu Pahat.

        

       Pantai Minyak Beku memang terkenal kepada penduduk di daerah ini. Letaknya kira-kira 10 km dari bandar Batu Pahat .Mengikut sejarah Minyak Beku sejak dahulu lagi menjadi perkampongan nelayan. Di tepi pantai yang berbatu-batu ini telah menjadi tempat persinggahan pedagang-pedagang yang melalui Selat Melaka ini. Hingga hari ini ada kesan-kesan peninggalan sejarah yang menunjukkan pantai ini menjadi tempat perlindungan pertukaran angin monsun . Penduduknya dikatakan ada keturunan Melayu Siam iaitu ada sebuah perkampongan yang dikenali sebagai Kampong Petani serta kolam air tawar yang digali oleh mereka yang masih terdapat hingga ke hari ini. Setengah penduduk di sini masih meneruskaan kerja-kerja menangkap ikan iaitu menangkap ikan di sekitar perairan dengan menggunakan pukat hanyut . Biasanya hasil jualan dijual di pasar umum Batu Pahat. Hari ini Minyak Beku mengalami perubahan pembangunan yang pesat.Hampir sepanjang jalan menuju ke pantai ini telah diduduki oleh penduduk terdiri daripada orang Melayu dan Cina. Apa yang jelas ialah keadaan lanskaps yang berbukit-bukit sesuai untuk tanaman sayur2an yang kebanyakan diusahakan oleh penduduk Cina. Beberapa buah bukit telah diterokai untuk penanaman sayuran dan juga bertambah luas bagi tanah perkuburan (jerat ) Cina.  Beberapa tahun yang lalu, ada sebuah pengkalan jeti (terminal) feri yang  dibangunkan untuk perhubungan ke kawasan pesisiran pantai barat Sumatera. Tetapi hari ini terminal feri ini agak lengang kerana kurang sambutan.
























Sunday, 11 March 2012

Pengkalan Ikan Segar di Telok Wawasan , Semerah


      Ikan segar mudah diperolehi jika kita rajin pergi ke tempat pendaratan ikan. Di Semerah iaitu di  Pantai  Wawasan, Pt.Hj.Salam , Bagan iaitu kira-kira 5 km . dari Batu Pahat menghala jalan utama ke Muar, pengunjung-pengunjung,peminat-peminat ikan segar akan memperolehi bekalan ikan segar dari laut di sini setiap hari. Seorang peraih En.Yusof menjalankan kerja-kerja mengumpul dan menjual ikan segar dengan harga yang berpatutan. Tempat ini ada potensi untuk dibangunkan tetapi infrastrukur seperti jeti didapati sudah usang dan agak merbahaya. Ada beberapa gerai seperti masakan asam pedas patut diganti baru yang lebih baik keadaannya. Begitu juga dengan persekitaran masih boleh ditingkatkan seperti kebersihan,longgokan sampah sarap yang macam tidak pernah dilupuskan. Sudah sampai waktunya kawasan ini dibangunkan dengan mengambil model pembangunan Perhentian Mahkota, Parit Simin . 















Saturday, 10 March 2012

Pantai Hentian Mahkota, Pt.Simin , Batu Pahat




          Pantai Hentian Mahkota terletak di Parit Simin,Bagan ,kira-kira 12 km. dari pusat bandar Batu Pahat. Kedudukannya mudah dikunjung bila-bila masa, terletak berhampiran jalan utama Batu Pahat dan Muar. Yang menarik pantai ini telah dirasmikan oleh YM Tengku Mahkota Johor dalam lawatan tahunan Kembara Mahkota. Sebuah jeti yang baik telah dibina sepanjang 120 meter bagi kemudahan kepada nelayan-nelayan untuk ke laut dan juga memudahkan hasil dari laut di bawa ke darat. Pengunjung-pengunjung juga berpeluang menikmati makanan seafood yang  ada dijual di beberapa buah gerai oleh beberapa orang pengusaha mulai jam 6.oo ptg hingga 12.00 malam. Ingin kan suasana yang romantik dengan pandangan laut Selat Melaka..datang lah ke Pantai Telok Mahkota.















Pantai Rekreasi Punggur, Rengit, Batu Pahat

             
             Pantai rekreasi Punggur terkenal kepada penduduk di Batu Pahat ,khusus bagi yang tinggal di kawasan Rengit. Pantai ini memanjang luas menghadap Selat Melaka dan terdedah kepada ombak laut yang kuat dalam musim tertentu terutama ketika berlaku peralihan angin monsun. Kesan hakisan ombak yang kuat ini menyebabkan setengah kawasan di paantai ini terpaksa dibina beting batu. Tebing pantai berpasir sangat  sesuai untuk dijalankan pelbagai aktiviti oleh beberapa pertubuhan di kawasan.  Terdapat juga beberapa gerai yang ada menjual makanan untuk pengunjung di sini.