Jika kita ke Sabah walaupun sehari dua, Kota Kinabalu tetap jadi tarikan yang patut kita kunjungi. Selain sebagai ibu kota,ia menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancongan utama di negeri ini. Kedudukannya strategik , di tepi laut juga menjadikan Kota ini patut dikunjung kerana pantai pesisiran yang telah ditambak menjadikan suatu penempatan yang padat dengan hotel-hotel bertaraf 4 dan 5 bintang,pelbagai butik pakaian,kedai-kedai peralatan eletrik,pusat membeli belah yang besar dan restoren yang banyak di sekitar bandar raya ini..Kawasan utama yang menjadikan tarikan ialah sekitar Kampung Air hingga ke pesisiran pantai yg ditambak. Di sini terkenal dengan 'Pasar' atau Market. Ada Pasar Basah, Pasar Kraftangan dan Pasar Besar . Bila malam kawasan di sini menjadi Pasar Malam yang sebok dan menarik.Oleh kerana pinggiran pantai ini ditambak , kawasan ini dikenali "Water Front" yang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai dan pelancong dari luar. Jika berdiri di sini kita akan dapat melihat kesebokan kapal-kapal kecil dan perahu yang berulang alik di sekitaran perairan Kota Kinabalu.
PASAR MALAM
No comments:
Post a Comment