Wednesday, 19 March 2014

KUNDASANG DAN RANAU

Kundasang dan Ranau adalah dua buah pekan yang berhampiran dengan Kinablu National Park. Sepanjnag jalan dari kedua2 pekan ini banyak terdapat penginapan berupa Chalet,Homestay dan hotel yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Kedua-dua pekan ini dikelilingi bukit-bukit yang hijau serta jalan yang berliku-liku,lebar dan cantik. Kundasang sebuah pekan yang damai terletak 6 Km.dari pintu masuk Taman Negera Kinabalu dan kira-kira 22 km ke Pekan Ranau. Kundasang merupakan pusat pengumpulan semua produk hasil tani penduduk di sekitar kawasan kaki gunung ini dan oleh dikatakan sebok dengan lori-lori yang datang dari seluruh Sabah ,Sarawak dan Brunei.Kebanyakan penduduk di sini dari kaum Kadazan dusun,iaitu etnik terbesar Sabah.Jadi orang Kadazan ini mengaanggap merekalah yang jadi penjaga Kinabalu. Banyak perkampungan Kadazan dusun ini di kaki Gunung Kinabalu. Kinabalu adalah dari bahasa Kadazan "Aki Nabalu"Maksud Aki ialah penjaga dan Nabalu bermaksud 'gunung'. Di katakan bahawa Gunung Kinabalu ini mempunyai lagenda sendiri.Ada metos yang mengaitkan naga yang menjaga harta karun di puncak gunung.Semua pendaki dinasihatkan tidak boleh berbuat sesuka hati dan hendaklah sentiasa menjaga keharmonian di sini.
Gerai-gerai Jualan Hasil Tani Kinabalu














No comments:

Post a Comment