1. MENGINTAI KINABLU
Kami telah bangun awal sejak jam 5.00pg lagi...suasana ketika itu sangat sejuk,menggigil dan terasa mencucuk2 hingga ke tulang. Kami menunggu dengan sabar di beranda banglo sambil mengadap ke puncak Kinablu yang gelap gelita.
Jam 5.30pg.
2. BERSIAR-SIAR DI MENARA TINJAU SUNNY VILLAGE
3.PUNCAK KINABALU MENJADI 'PEMALU'
Selepas beberapa seketika menikmati suasana indah di sekitar luar Villa, kira-kira jam 8.30 pagi kami melihat sekitar puncak mula berubah,terasa angin mula meniup pohon2 di sekitar kaki gunung, kemudian kelompok awan mula bergerak dari timur menuju ke puncak dan tidak lama kemudian wap mula naik dari kaki gunung menjadi kabus. Akhirnya sedikit demi sedikit wajah Kinabalu mula hilang dari pandangan mata kami. Sekitar kawasan penginapan kami diselubungi kabus yang tebal dan tidak lagi kelihatan gunung di depan kami. Barulah kami faham apa yang dimaksudkan oleh pendududk tempatan bahawa Puncak Kinabalu itu 'Pemalu'.
No comments:
Post a Comment